Wednesday, May 2, 2007

Episod Pertama (101)- Pilot

Jalanan kehidupan kita ini penuh dengan liku-liku hidup yang kadang kala tidak pernah kita ingini. Liku hidup yang menimpa tanpa kita undang. Liku hidup yang beronakan mendung hitam. Kita seorang insan yang senantiasa bergelumangan dengan kepayahan hidup. Senantiasa tercari cari di manakah noktah kepada kesedihan di hati. Mengharungi liku hidup ini tidak pernah senang- apatah lagi seorang diri... Mencari dan mencari erti hidup. Tertanya tanya apakah gunanya kita di dunia ini. Kita mencari kekuatan dan keazaman dalam diri kita. Kadang kala keazaman itu pudar and kekuatan itu goyah apabila dugaan datang menjelma... Kita tersungkur. Cuba bangkit. Kadang kala kita mampu. Kadang kala kita tidak.

Dugaan. Dugaan adalah sesuatu yang sinonim bagi diriku. Sejak dilahirkan aku tidak pernah benar benar merasakan kebahagian. Hujan di tengah hari. Apa wujudkah kebahagian berkekalan? Kerana aku masih terkapai kapai dalam kegelapan pekat malam.

helo, ada orang tak?

-diam-

helo?

helo??? helo??? ada orannng taakk....???

-satu tangan menghulur salam-

Siapa awak? terpacul soalan itu padaku....

Ku sambut.

Hi, namaku Daniel. Saya ada rahsia. Nak dengar tak? But you must promise me one thing.

*********
What?
*********



Lepaskan peganganmu sekiranya satu hari nanti ceritaku membuatkan titisan air matamu jatuh.